Friday, November 20, 2009
JEMPUTAN WALIMATUL URUS
Thursday, October 15, 2009
25 OKTOBER 2009
Monday, August 17, 2009
JADUAL INTERAKSI BULAN OGOS PENGAJIAN ISLAM 1
MASA TARIKH | 8.00 9.00 | 9.00 10.00 | 10.00 11.00 | | 11.30 12.30 | 12.30 13.30 | | 14.30 15.30 | 15.30 16.30 | 16.30 17.30 |
ISNIN 24/8 | ILMU PENDIDIKAN | | ILMU PENDIDIKAN | | | |||||
SELASA 25/8 | BAHASA ARAB | | BAHASA ARAB | | BAHASA ARAB | |||||
RABU 26/8 | ILMU PENDIDIKAN | | ILMU PENDIDIKAN | | | |||||
KHAMIS 27/8 | PENGAJIAN ISLAM | | PENGAJIAN ISLAM | | BAHASA ARAB | |||||
JUMAAT 28/8 | PENGAJIAN ISLAM | | | | PENGAJIAN ISLAM |
Monday, August 3, 2009
Program CEKAP 2009
Sekarang saya sedang mengiringi 3 pelajar Tahun Dua SK Taman Perling mengikuti Kajian keberkesanan Kelas Pemulihan Khas unutk murid KIA peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia dan tuan rumahnya adalah negeri Johor dibawah selian Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Program ini diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru selama 5 hari bermula 2-7 Ogos. 13 negeri telah menyertai program ini dengan seramai 120 murid sebagai sampel kajian. Dapatan daripada kajian ini amat penting untuk dibentangkan kepada Menteri kerana pemulihan khasa akan menjadi indeks KPI kepada portfolio Menteri Pelajaran....( Gambar tak dapat dimuatnaik kerana tak mampu beli camera..huhuhu )
Wednesday, July 22, 2009
Refleksi JQAF

Thursday, July 16, 2009
Kemulian guru
Sunday, June 28, 2009
BINA INSAN GURU ( BIG )
Tuesday, June 16, 2009
Tugasan | Submit |
PAI | 13 Julai |
BI | Bln 8 |
Quran | Bln 8 |
Olahraga | Bln 8 |
PDIG | Bln 8 |
PS | Tgk Portal |
BM | Bln 12 |
GERKO | Bln 12 |
Saturday, June 13, 2009
rindunyeee.........
Wednesday, June 10, 2009
SESI INTERAKSI TAMAT
Saturday, May 30, 2009
Masa Interaksi Sudah Tiba
Seetelah beberapa bulan bertugas di Sekolah masing-masing selama lebih 4 bulan, para ashabuljqaf akan memulakan sesi interaksi yang pertama untuk sesi ambilan Januari 2009. Dengan penuh debaran kami menanti apakan pengisian sepanjang tempoh kuliah yang akan dijalankan dan kami juga mengharapakan mendapat sesuatu yang berharga sepanjang tempoh interaksi kelak yang dapat dijadikan bekalan untuk menjadi pendidik yang lebih baik buat sesi persekolahan penggal kedua kelak.Doakan Kami berjaya..amin.
Tuesday, May 26, 2009
1st observe
Semalam 25.5.2009, pihak pentadbir sekolah melawat kelas dan memerhatikan cara pengajaran yang dilakukan, Alhamdulillah komen positif diterima. Ini antara komen yang diterima :
1. Meningkatkan kawalan murid ketika permainan kad
2. perkembangan P&P baik
3. Perbanyakkan soalan kepada individu
4. Suara guru jelas dan difahami
5. penggunaan masa dengan baik
6. Multimedia dan lagu menarik
komen positif ini diharapakan dapat menyuntik semangat menjadi guru yang baik pada masa akan datang. amin
Sunday, May 10, 2009
SELAMAT HARI IBU
WALAUPUN MASIH DALAM KEMASKINI BLOG NI, NAMUN TAK DILUPAKAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA NORHAYATI ADAM..SEMOGA KASIH SAYANGMU MENDAPAT TEMPAT PALING MULIA DISISI ALLAH. THANKS MUM. I LOVE YOU SO MUCH
Thursday, May 7, 2009
Sunday, April 26, 2009
HIjrah lagi
hijrah itu menuntut suatu azam baru, meninggalkan yang lama sebagai kenangan untuk panduan kehidupan yang mendatang.Pada hari sabtu 25.4.09, kami telah berpindah ke rumah baru yang terletak di lorong 3 kampung melayu. Alhamdulillah kali ini rumah yang dipilih agak selesa dan luas sesuai untuk kehidupan 6 bujang lapok ashabuljqaf ( masih belum berpunya..hehe: )seperti kami. Dijemput kapada sesiapa yang melalui jalan kg melayu majidi singgah di teratak baru kami.
Saturday, April 25, 2009
MOS?? GERKO?? BMK?? BA??
Tukang Taip : GP
Tuesday, April 21, 2009
BILA NAK PELUK...... YANG AKU SUKA PELUK
penulis : fuad
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Saturday, April 18, 2009
KURSUS LDP
Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Taman Perling telah mengadakan Kursu Latihan Dalam Perkhidmatan yang diadakan di Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi UTM Skudai. Kursus ini adalah diselia dibawah unit Kaunseling Sekolah. Sekali lagi tugas sebagai pengerusi majlis dimanahkan kepada saya. Saya mengklasifikasikan sbeagai gagal pada diri saya pada hari ini kerana tidak dapat mengurus dengan baik, susun ayat yang tidak teratur dan kealpaan pada nama-nama tetamu jemputan..Banyak lagi perlu dipelajari.Sesuai dengan kursus Latihan berasas sekolah jQAF yang sedang dilalui, saya banyak belajar dari pengalaman baaimana hendak meningkatkan kualiti sebagai guru yang memenuhi segenap aspek keperluan didalam dan diluar sekolah.
Penulis : Mohd Shahrin ( Blogger ashabuljqaf )
Tuesday, April 14, 2009
Makluman!!!
Kepada para ashabuljqaf yang ingin menyumbang tulisan dalam blog ini harap disertakan nama yang mengirim dan nama sekolah anda sebagai perhatian untuk pengunjung membaca hasil karya anda...Terima kasih
Karnival KIA 2M
Penulis : Mohd Shahrin
Hari ini saya telah ditugaskan untuk mebawa murid dan menjadi hakim dalam karnival murid-murid KIA 2M di sekolah Kebangsaan Tun Aminah Skudai. alhamdulillah dapat melaksanakan tugas dengan baik dan murid SK Taman Perling telah mendapat tempat ketiga keseluruhan dan tempat kedua bagi 3 acara dari 4 acara yang dipertandingkan. Semoga murid-murid KIA ini akan mendapat galakan dan keluar dari status KIA 2M insyaALLAH....
Monday, April 13, 2009
YAHUDI YANG KITA PERLU TAHU
SEJAK akhir-akhir hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel.
Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin.
Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan
sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian,
siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS)
Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk
http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html ) mengenai soal
tersebut.Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita
semua - kemana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini.
Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan
menjawabsurat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan
Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima
juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap
orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua
sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa
ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis
zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai
'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori
id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi;
begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka
berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin
memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta
ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B.
Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang
Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah
Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan
sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif
(rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama.
George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen
dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan
perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah
pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel,
sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan
reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian
optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat
- stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile
Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita
rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren
(Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) ,
Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison
(Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill
Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah
seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine
Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas
pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan
Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal
(bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor
Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian);
Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB);
Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan
Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143
Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno
Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha
Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer
(CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post);
Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The
Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York
Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia
menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata
dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah
AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg
ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan
Boris Becker adalah Yahudi.
Artis : Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George
Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal,
Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael
Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan
Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara
pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone,
Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple),
Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos
Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief
Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu
pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa
Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi
Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah
manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu
bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di
Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu
ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan
setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam
terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua
cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk
setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai
Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik
Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun
universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah
hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf.
Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar
40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik
huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang
sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam.
Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti,
sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap
(per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta.
Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya
50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik
per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju
membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu
pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul
buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi
menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan
sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per
juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC
ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8
trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara
rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak)
bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan
Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran.
Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz
Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.
"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
Cerita titisan air mata
Tiada lagi cerita hendak aku sampaikan, tiada lagi cerita cinta yang meniti di bibir ku, tiada lagi cerita yang menjadi nukilan ilham ku, yang berlalu telah mengusung rindu yang sarat di dada ku…
Air mata meniti setia, menangis perhubungan yang telah hilang, tapi aku redha, ku pasrah kerana telah tersurat ia bukan untuk ku..
Tegar..sekalipun pernah terjadi khayalan indah, tapi ia hanyalah khayalan antara aku dan dia, khayalan yang tetap khayalan, sedih tiada tara kerana kehilangan telah berlaku..
Namun apa daya aku, tidak mampu menolak kerana hanya diri tahu kehendak hati, betapa jauh di sanubari tetap berharap ianya akan datang terbaik buatku..
Menangis lagi, dia tiada di mata ku, cuma sisa di hati ku, sisa yang tidak akan ku lupakan sekalipun perhubungan telah berakhir..
Inilah khazanah yang tinggal..cerita air mata..ada sedih namun gembira dan bahagia tetap akan ada..........
- Kiriman sahabat ashabuljqaf -
Saturday, April 11, 2009
Hari Terbuka Sekolah dan Program celik Huruf 2009
-Bergambar bersama guru unit kaunseling-
11.04.2009 telah diadakan Hari terbuka sekolah Kebangsaan Taman Perling Sesi 2009, Unit kaunseling SKTP menganjurkan pelancaran program celik huruf untuk murid-murid yang gagal menguasai kemahiran 2M. Saya telah diamanahkan sebagai pengerusi majlis pada program tersebut dan ceramah telah disamapaikan oleh Tuan Haji Abd Rahim . Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa bagi bersama-sama mengatasi permasalahan yang melanda murid-murid KIA 2M. Semoga program ini berjaya hendaknya.amin
Sunday, April 5, 2009
Publish your post
Untuk semua sahabat- sahabt jqaf group 1..kalau ade cerita menarik yang ingin di `publish`kan berkaitan sekolah,maktab,jqaf dan peribadi yang ingin dikongsikan untuk perhatian sahabat-sahabat lain..sila sign in dengan alamat email = shahrin_jQAF@yahoo.com Pasword = ashabuljqaf........................selamat menulis dalam blog ini.
Monday, March 30, 2009
Terima kasih Ustaz MIOR dan Family
Alhamdulillah, petang tadi kami menerima suatu pemberian istimewa untuk family bujang seperti kami.Pemberian dari Ustaz Mior dengan sebuah mesin basuh yang masih dalam keadaan baik akan memudahkan urusan kami ahli bait untuk mengurus hak ehwal kebersihan pakaian dengan lebin cepat..hehe. Sempat juga menikmati jamuan makan yang disediakan oleh kak Izan, zaujah ustaz Mior.....Terima Kasih ustaz dan family...Jasamu kami kenang.
semangat baru
Salam semua, hari ni rasa bersemngat nak post kat blog ni setelah lama menyepi dek kelembapan celcom broadband di area umah sewa kami.Alhamdulillah setelah menggunakan maxis broadband dengan modem wireless baru, segalanya makin lancar,lebih cepat dan mudah serta dapat berkongsi dengan ahli bait yang lain. Semogaada cerita lebih menarik selepas ini.....................