Monday, March 30, 2009

Terima kasih Ustaz MIOR dan Family

Alhamdulillah, petang tadi kami menerima suatu pemberian istimewa untuk family bujang seperti kami.Pemberian dari Ustaz Mior dengan sebuah mesin basuh yang masih dalam keadaan baik akan memudahkan urusan kami ahli bait untuk mengurus hak ehwal kebersihan pakaian dengan lebin cepat..hehe. Sempat juga menikmati jamuan makan yang disediakan oleh kak Izan, zaujah ustaz Mior.....Terima Kasih ustaz dan family...Jasamu kami kenang.

semangat baru

Salam semua, hari ni rasa bersemngat nak post kat blog ni setelah lama menyepi dek kelembapan celcom broadband di area umah sewa kami.Alhamdulillah setelah menggunakan maxis broadband dengan modem wireless baru, segalanya makin lancar,lebih cepat dan mudah serta dapat berkongsi dengan ahli bait yang lain. Semogaada cerita lebih menarik selepas ini.....................

Thursday, March 26, 2009

UPDATE BLOG NI.

Selemat bertemu kembali para sahabat sekalian setelah terhenti tangan untuk menulis,kata untuk ditutur, hati untuk meluahakan disebabkan kehidupan ini tak mampu kita jangkakan. Detik ini suasana penuh semangat keceriaan namun esok lusa mungkin kesedihan melanda akhirnya kita tidak berasa sesegar sebelumnya untuk terus melangkah. Maaf buat kawan-kawan kerana tidak dapat menyampaikan maklumat terkini berkaitan jQAF kerana hingga saat ini saya masih tercari-cari rentak untuk bergerak senada dengan alunan JQAF. Masih lagi tercari-cari sistem yang berkesan dari segi pengurusan tasmik, pengajaran jawi, penyusunan fail, ABM jawi, dan sebagainya. Saya mengharapkan kawan-kawan dapat berkongsi apa yang terdapat disekolah kalian bagi menambahbaik jQAF disekolah masing-masing.

Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul

" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah dan ( balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang )”

Sempena kita menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad saw, marilah sama-sama kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya, kita juga dituntut melakukan muhasabah diri dan mengambil iktibar untuk dihayati . Dan dalam masa yang sama, tanya diri kita, apakah dengan setiap kali meraikan sambutan Maulidurasul, roh kehidupan, akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w telah kita hayati dan perjuangkan? atau apakah sebaliknya kita telah hanyut oleh arus kehidupan duniawi sehingga mengabaikan nilai agama Amat rugi sekali sekiranya kita mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan amalan dan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w . Ayuh para ashabuljqaf dan seluruh da`ie, kita teruskan perjuangan Rasulullah hingga tegaknya Islam sebagai panduan kehidupan seluruh umat di dunia.

Sunday, March 1, 2009

Perhatian !!

kepada semua ahli ashabuljqaf, sila berikan maklumat kehadiran anda ke sekolah pada bulan ini kepada cik sofia hanum sebagai rekod kehadiran anda untuk di masukkan kedalam data kehadiran maktab.. Terima kasih atas perhatian anda.