Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul

" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah dan ( balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang )”

Sempena kita menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad saw, marilah sama-sama kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya, kita juga dituntut melakukan muhasabah diri dan mengambil iktibar untuk dihayati . Dan dalam masa yang sama, tanya diri kita, apakah dengan setiap kali meraikan sambutan Maulidurasul, roh kehidupan, akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w telah kita hayati dan perjuangkan? atau apakah sebaliknya kita telah hanyut oleh arus kehidupan duniawi sehingga mengabaikan nilai agama Amat rugi sekali sekiranya kita mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan amalan dan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w . Ayuh para ashabuljqaf dan seluruh da`ie, kita teruskan perjuangan Rasulullah hingga tegaknya Islam sebagai panduan kehidupan seluruh umat di dunia.

2 comments:

Anonymous said...

bagus abgku..semangat mneruskn prjuangn Rasulullah...mngikuti cnth adikmu di utara seltn yg sntiasa mngmlkn sunnah dalam kehidpn shariannya ^_^

Anonymous said...

bila ustaz nak update blog nie?hehe