Thursday, January 14, 2010

PRAKTIKUM BERMULA

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM KEPADA ASHABULJQAF AMBILAN JANUARI 2009. KITA BERUSAHA DAN SAMA-SAMA MENDOAKAN KEJAYAAN AGAR DAPAT DIKECAPI BERSAMA.

PANDUAN PRAKTIKUM :

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir mesti ditulis dalam perancangan RPH sebelum menulis isi pelajaran. Penulisan ini mesti disokong dengan aktiviti pengajaran pembelajaran. Kebanyakan pelajar hanya menulis untuk mengisi ruangan catatan supaya tidak kelihatan kosong tanpa melihat kesesuaiannya dengan aktiviti.
Antara bahan yang boleh ditulis dalam Kemahiran Berfikir ialah:

  • membanding dan membeza
  • membuat klasifikasi/ kategori
  • meneliti sebahagian dan keseluruhan
  • membuat sekuen
  • membuat ramalan
  • menyusul periksa andaian
  • membuat inferen
  • mengesahkan sumber maklumat
  • menjana idea
  • mencipta metafora
  • membuat keputusan
  • menyelesaikan masalah

NILAI MURNI

Penulisan nilai murni kadangkala kurang penghayatan oleh pelajar. Ini boleh dilihat sekiranya terdapat 2-3 item dalam penulisan nilai-nilai murni seolah-olah penulisannya berdasarkan paksaan institut bukannya kerelaan menulisnya. Tambahan pula dalam pengajaran selama 2 masa, sepatutnya banyak nilai murni yang boleh diterapkan kepada murid.
Terdapat beberapa nilai-nilai murni yang boleh dimasukkan dalam ruangan nilai murni pada RPH. Antaranya:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan fizikal
10. Kebersihan mental
11. Kejujuran
12. Kerajinan
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat

JURNAL :

  • tajuk
  • peristiwa difokuskan
  • bisikan hati
  • persepsi dan falsafah ke atas peristiwa
  • kefahaman/kesedaran baru
  • cadangan untuk membaiki keadaan
  • tindakan akan datang/rancangan membaiki keadaan