Saturday, February 21, 2009
Kem Bestari Solat
Wednesday, February 18, 2009
menariknya jadi cikgu
Beberapa tingkahlaku dan soalan murid yang menarik perhatian saya seperti, : Cikgu, saya nak pegi tandas-Cikgu, saya nak minum boleh- Cikgu, saya nak asah pensil boleh- Cikgu-nak kena selang ke?- Cikgu,saya nak jawab cikgu ( sampai depan hampeh je ) - cikgu, mak saya minat mawi ( semua nak cite kat cikgu )- cikgu, ............... dan banyak lagi.... ehm kadang-kadang rimas gak soalan2 ni, tapi adakalanya terhibur gak, tiap2 ari dengar dan tiap2 ari pesan tapi soalan yang sama gak keluar...untuk yang bukan dalam bidang perguruan...bukan senang oiii jadi cikgu. hanya dengan ketabahan dan kesabaran barulah seorang cikgu itu akan berjaya....banyak lagi nak kita bincangkan dalam sesi interaksi nanti...harap dapat belajar sesuatu semasa sesi interaksi nanti agar dapat mengetahui aspek tingkahlaku murid dan cara solusinya nanti...
Tuesday, February 17, 2009
suara JQAF
"SATU PERKARA BARU YANG MENARIK!!!
Setakat ini kita masih belum ada satu saluran yang memperdengarkan / membincangkan tentang j-QAF dan Bahasa Arab, mahupun apa-apa mata pelajaran yang lain di sekolah. Sekira semuanya berjalan lancar, projek ini akan menjadi siaran radio pertama yang akan membicangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan kurikulum di sekolah khasnya j-QAF. Setakat ini, saya belum lagi berbincang dengan pihak jabatan berkenaan perkara ini. Seandainya tiada sebarang masalah, saya akan menerima tawaran tersebut untuk menjadi juruhebah sambilan bagi slot j-QAF dan Bahasa Arab di fuhyooFM online radio. "
Petikan diatas saya petik dari blog ustaz Mior, dan yang menarik perhatian saya ialah usaha untuk menyampaikan suara jQAF di radio cuba dilaksanakan oleh beliau. kita sebagai ashabulqaf amat menghargai usaha yang dilaksanakan beliau dan berharap ianya bakal menjadi kenyataan dan kita akan berpeluang mendengar suara Dj JQAF di radio fuyooh FM, sebuah station radio online. TAHNIAH USTAZ...
Sila layari laman sesawang fuhyooFM di www.fitrahmedia.webs.com
Friday, February 13, 2009
JQAF dan DAKWAH
Wednesday, February 11, 2009
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Sunday, February 8, 2009
berakhirnya episod MOS.......
Wednesday, February 4, 2009
Hari kedua dan seterusnya 18 bulan.............
Al FATIHAH
Al fatihah buat keluarga ustazah Sofia Hanum atas kembalinya ayahanda beliau ke rahmatullah, semoga Allahyarham mendapat keampunan dan rahmah untuk ditempatkan bersama-sama mukmin yang lain. kami dari kumpulan PI 1 JQAF mendoakan keluarga sofia tabah dalam menghadapi takdir dan ujian dari ilahi. Moga-moga ustazah Sofia tidak terjejas prestasi yang baik sebagai guru jQAF, InsyaAllah.