Tuesday, February 17, 2009

suara JQAF

"SATU PERKARA BARU YANG MENARIK!!!


Setakat ini kita masih belum ada satu saluran yang memperdengarkan / membincangkan tentang j-QAF dan Bahasa Arab, mahupun apa-apa mata pelajaran yang lain di sekolah. Sekira semuanya berjalan lancar, projek ini akan menjadi siaran radio pertama yang akan membicangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan kurikulum di sekolah khasnya j-QAF. Setakat ini, saya belum lagi berbincang dengan pihak jabatan berkenaan perkara ini. Seandainya tiada sebarang masalah, saya akan menerima tawaran tersebut untuk menjadi juruhebah sambilan bagi slot j-QAF dan Bahasa Arab di fuhyooFM online radio. "

Petikan diatas saya petik dari blog ustaz Mior, dan yang menarik perhatian saya ialah usaha untuk menyampaikan suara jQAF di radio cuba dilaksanakan oleh beliau. kita sebagai ashabulqaf amat menghargai usaha yang dilaksanakan beliau dan berharap ianya bakal menjadi kenyataan dan kita akan berpeluang mendengar suara Dj JQAF di radio fuyooh FM, sebuah station radio online. TAHNIAH USTAZ...
Sila layari laman sesawang fuhyooFM di www.fitrahmedia.webs.com

0 comments: