Sunday, February 8, 2009

berakhirnya episod MOS.......

Alhamdulillah selesailah sudah seminggu menjalani sesi MOS iaitu minggu orientasi sekolah yang dijalankan dari 3-6 februari. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang minggu MOS ini walaupun ianya berlangsung dalam tempoh yang singkat namun cukup untuk menggambarkan pada guru baru seperti saya situasi, keadaan, serta gambaran sebenar wajah kehidupan sekolah yang bakal saya lalui untuk hari-hari seterusnya...saya mengukur kejayaan saya dalam sesi MOS ini hanya sekitar 80% dan selebihnya dalah kegagalan saya dalam memenuhi setiap asapek yang diminta oleh pihak Institut perguruan dek kerana kekangan waktu, batasn ilmu dan ceteknya pengalaman dalam memenuhi setiap matlamat yang dikehendaki. Sekolah adalah kerjayaku, InsyaAllah selepas ini saya akan memberi sepenuh perhatian pada kerjaya ini yang dianugerahkan Allah namun ianya adalah yang terbaik dan mulia disisi agama, masyarakat serta negara.

1 comments:

Anonymous said...

didoakan terus tabah dan dedikasi,didiklah anak muridmu dengan penuh kasihsayang dan ikhlas,great teachers produce great children