Tuesday, February 3, 2009

Hari pertama sebagai guru jQAF

Alhamdulillah segala urusan lapor diri sebagi guru jQAF pada hari pertama ini berjalan dengan lancar, saya di SK Taman Perling, Afif di SK Kangkar Tebrau, Suhaimi di Sk Puteri Wangsa, dan sahabt-sahabat ashabul jQAF yang lain. ada yang dah terima jadual waktu mengajar, rancangan mengajar dan sebagainya dan ada juga masih dalam sesi perkenalan dengan dunia baru persekolahan. Seminggu ini kami akan menjalani minggu orientasi sekolah ( MOS ) iaitu dengan melihat cara,kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru PI dan JQAF dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di SK Taman Perling, alhamdulillah, sy telah diterima dengan ucapan aluan selamat datang oleh GPK yang memangku jawatan guru besar. Beliau mengiatkan saya tentang peranan seorang guru apathlagi guru agama bagi membentuk pelaja-pelajar di sekolah, komunikasi dan hubungan yang baik dengan pentadbir,guru dan staf di sekolah dan sumbangan dalam kegitan luar bagi membangunkan diri,sekolah dan masyarakat. Beliau mengakhirkan nasihat beliau dengan kata-kata " tidak semestinya dunia baru yang kita masuk itu sangat baik, kita yang menilai dan melaksanakannya untuk lebih baik ".Saya ucapkan terima kasih atas nasihat serta pandangan untuk pedoman kepada saya sebagai guru yang cetek pengalaman. Insyaallah guru-guru JQAF akan membuktikan sesuatu yang berharga buat sekolah, pelajar serta negara.

4 comments:

Anonymous said...

pengalaman yang sangat bermakna melapor diri wat kali pertama.mula2 tu rase cam nak quit je..dah la sorg2..takut, malu, segan, cuak, kecut perut sume ade..tp alhamdulillah bile dah msk kelas, berkenalan dengan guru2 jqaf yg len, perasaan lega dan seronok pulak dtg..mudah2an dipermudahkan segala urudan oleh Allah dan kekuatan untuk menghadapi ujian dan cabaran yang akan mendatang....

Anonymous said...

tahniah anakanda,teruskan perjuangan jangan toleh belakang.A journey of a thousand miles begins with a single step.Bukan senang jadi cikgu apatah lagi guru agama tapi rahmat Allah turun mencurah sekiranya anakanda ikhlas dalam segala kerja buat.Jaga kesihatan utnuk menjadi guru yang bertenaga.

Anonymous said...

congratz yen...CHAIYOK2!!!

j-QAF SK SUNGAI KOB,KULIM,KEDAH said...

assalamualaikum...mari lawat laman blog kami di www.jqafsksk.blogspot.com