Tiada lagi cerita hendak aku sampaikan, tiada lagi cerita cinta yang meniti di bibir ku, tiada lagi cerita yang menjadi nukilan ilham ku, yang berlalu telah mengusung rindu yang sarat di dada ku…
Air mata meniti setia, menangis perhubungan yang telah hilang, tapi aku redha, ku pasrah kerana telah tersurat ia bukan untuk ku..
Tegar..sekalipun pernah terjadi khayalan indah, tapi ia hanyalah khayalan antara aku dan dia, khayalan yang tetap khayalan, sedih tiada tara kerana kehilangan telah berlaku..
Namun apa daya aku, tidak mampu menolak kerana hanya diri tahu kehendak hati, betapa jauh di sanubari tetap berharap ianya akan datang terbaik buatku..
Menangis lagi, dia tiada di mata ku, cuma sisa di hati ku, sisa yang tidak akan ku lupakan sekalipun perhubungan telah berakhir..
Inilah khazanah yang tinggal..cerita air mata..ada sedih namun gembira dan bahagia tetap akan ada..........
- Kiriman sahabat ashabuljqaf -
Pakej Umrah Terbaik 2017
-
*Pakej Umrah Ramadhan 1438/2017*
Depart : 26 May 2017
Arrival : 6 June 2017 (Sampai Malaysia)
*Harga Pakej*
*Quad : MYR 7290.00*
Triple : MYR 7690.0...
8 years ago
12 comments:
yakinlah pada janji tuhan..Ada jodoh yang lebih baik untuk dirimu..
setiap apa yg terjadi dlm hidup kita adalah yg terbaik dariNya..Allah tidak akan memberi apa yang kita mahu,tapi Dia akan memberi apa yang kita perlu..kerana Dia tahu apa yg terbaik untuk hidup hambaNya.
sedihhh...seihhh..tapi itu hakikat.yang pasti dia bukan jodohmu..yakinlah janji TUHAN akan datang jua..amin.sabar!!
La tahzan..innaAllaha ma`aka..
Allah tidak akan mengambil sesuatu daripada kita melainkan Dia akan mengantikan yg lebih baik lagi.
bersabarlah, bangunlah dari kesedihan dengan senyuman.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai...
janganlah bersedih atas sesuatu yang ditakdirkan bukan untukmu..mungkin Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirimu..jauh diatas sana Dia sedang mengatur yang terbaik tuk diri kita..
sy mendoakan agar dirimu menemui seorang yang lebih memahami dan menjaga hati mu dengan lebih baik....
jika tiada cinta insani untukmu,ckuplah cnta Allah menerangi hidupmu..kelak akan ada cinta dari insan yang cintakn Allah sebagaimana cintamu kepadaNya....
sabar dan berdoa kepada Allah adalah jalan terbaik untuk mengembalikan ketenangan jiwa
jangan sesali apa yg sudah pergi,
jangan tangisi apa yg sudah tiada,
tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
bulan yang terang bercahaya takkan hilang sinarnya, hanya kerana sebutir bintang yang memagarinya tak berkerdip lagi..
tabahkan hatimu dengan menginggatiNya..
-SAI-
with full empathy not just sympathy,we always luv u dear
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
InsyaAllah, Allah akan memberi kebaikan kepada kita..yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya..
ALLAH IS ENOUGH FOR ME...
Post a Comment