Wednesday, July 22, 2009

Refleksi JQAF



Dari tanggal 12 Januari 2009, hingga hari ini, barulah berkesempatan meluangkan sedikit waktu untuk membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran JQAF. Alhamdulillah dalam tempoh 6 bulan perkhidmatan ini segalanya masih berjalan dengan baik. tugasan maktab dapat diselesaikan dengan jayanya walau kadangakala terpaksa berkompromi dengan lecturer bagi menambah ruang waktu meyiapkan tugasan dek kerana kesebokan tugas sekolah. Kerja sekolah agak berkurangan berbanding awal penggal persekolahan yang lalu. Ketakutan kepada murid lebih banyak daripada murid takut dan hormat kepada guru kerana undang-undang yang dibentuk memihak kepada murid-murid berbanding guru. Namun ianya dianggap suatu cabaran bagaimana ingin menjadi guru yang baik tanpa menggunakan ancaman ketakutan sebagai senjata ampuh membentuk murid menjadi baik dan cemerlang. Apa yang baiknya berada dalam ashabuljqaf adalah P&P bukan didasarkan hanya kepada objektif aras tertentu sahaja namun melangkaui pembentukan murid-murid menjadi insan kamil yang dapat meneruskan generasi pewaris nabi. Kita tidak melihat kepada pencapaian dalam PKSR,PKBS UPSR sebagai penentu kejayaan kita namun seusai P&P ,kita mengharapkan ilmu yang dicurahkan akan dapat digunakan ketika murid-murid berhadapan dengan dua perkara penting dalam hidup samaada amalan itu baik atau amalan itu membawa kepada keburukan. Oleh itu marilah kita teguhkan saf, rapatkan barisan, tabahkan hati walau apa sahaja yang menimpa dan ujian atas kita, mampu terus kita bertahan atas nama JQAF pembentuk generasi pewaris Nabi...... kita tidak minta disanjung tapi kita mesti terus menjunjung amanah besar ini...........walalhua`lam.

0 comments: