Wednesday, January 28, 2009

Renungan bersama

CANTIKNYA SEORANG WANITA.......
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstick
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada'
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri ke lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapaPada hari kebangkitan semula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersamaMenempuh badai di sisi suami tercinta
( Kiriman sahabat group PI 1 )

0 comments: