Saturday, January 8, 2011

Konvo jQAF

Semoga kejayaan ini menjadi pemacu semangat untuk terus melangkah lebih baik....24 Disember 2010 , Presint 3 Putrajaya...

2011.....Kini kembali....

الحمد لله....ٍSegala Puji Pujian hanya untukmu Allah...InshaAllah pada tahun 2011 ini, azam untuk menulis semula catatan kehidupan sebagai warga pendidik jQAF akan digiatkan semula bagi berkongsi sesuatu yang berguna buat diriku ,rakan-rakan, anak-anak murid apa sahaja yang difikirkan sesuai bagi dicatat dalam laman ashabuljqaf ini.....

Thursday, January 14, 2010

PRAKTIKUM BERMULA

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM KEPADA ASHABULJQAF AMBILAN JANUARI 2009. KITA BERUSAHA DAN SAMA-SAMA MENDOAKAN KEJAYAAN AGAR DAPAT DIKECAPI BERSAMA.

PANDUAN PRAKTIKUM :

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir mesti ditulis dalam perancangan RPH sebelum menulis isi pelajaran. Penulisan ini mesti disokong dengan aktiviti pengajaran pembelajaran. Kebanyakan pelajar hanya menulis untuk mengisi ruangan catatan supaya tidak kelihatan kosong tanpa melihat kesesuaiannya dengan aktiviti.
Antara bahan yang boleh ditulis dalam Kemahiran Berfikir ialah:

  • membanding dan membeza
  • membuat klasifikasi/ kategori
  • meneliti sebahagian dan keseluruhan
  • membuat sekuen
  • membuat ramalan
  • menyusul periksa andaian
  • membuat inferen
  • mengesahkan sumber maklumat
  • menjana idea
  • mencipta metafora
  • membuat keputusan
  • menyelesaikan masalah

NILAI MURNI

Penulisan nilai murni kadangkala kurang penghayatan oleh pelajar. Ini boleh dilihat sekiranya terdapat 2-3 item dalam penulisan nilai-nilai murni seolah-olah penulisannya berdasarkan paksaan institut bukannya kerelaan menulisnya. Tambahan pula dalam pengajaran selama 2 masa, sepatutnya banyak nilai murni yang boleh diterapkan kepada murid.
Terdapat beberapa nilai-nilai murni yang boleh dimasukkan dalam ruangan nilai murni pada RPH. Antaranya:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan fizikal
10. Kebersihan mental
11. Kejujuran
12. Kerajinan
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat

JURNAL :

  • tajuk
  • peristiwa difokuskan
  • bisikan hati
  • persepsi dan falsafah ke atas peristiwa
  • kefahaman/kesedaran baru
  • cadangan untuk membaiki keadaan
  • tindakan akan datang/rancangan membaiki keadaan

Friday, November 20, 2009

JEMPUTAN WALIMATUL URUS



Jemputan Majlis Perkahwinan Pada :
Hari : Ahad
Tarikh : 20 Dis 2009
Tempat : Serom 3 Panggong Muar
Jemput ye sahabat semua datang......

Thursday, October 15, 2009

25 OKTOBER 2009

Bulan demi bulan telah berlalu, kini hari dihitung dengan detik masa yang kian pantas..InshaAllah pada tanggal 25 oktober 2009, merupakan hari yang amat berbahagia buatku......Allah menganugerahkan diriku seorang insan wanita yang sangat istimewa buatku senantiasa terukir senyum gembira,hatiku terpaut dengannya dan kini kami akan diijabkabul bersama....Bakal isteriku tersayang NorShahriza Bt Mansor...diriku sangat mencintaimu...Terima kasih istimewa buat ayahanda dan bonda atas restumu buat seluruh keluarga .warga kerja SKTP dan sahabat-sahabat UTM,IAIN Jambi, Maahad Mahmud dan warga ashabuljqaf IPTI, Doakan kami bahagia sepanjang hayat.....Jasa dan persahabatan yang kalian bina tetap kukenang dan hargai sepanjang masa...Maaf jika terdapat kesalahan dan kesilapan dalam tutur kata dan perbuatan. Dijemput kalian hadir ke hari pernikahan kami di Masjid Bandar Tangkak pada 25.10.2009.....inshaAllah walimah akan dilaksanakan pada bulan 12..Kad jemputan akan menyusul...jazakumullahukhairankathira...

Monday, August 17, 2009

JADUAL INTERAKSI BULAN OGOS PENGAJIAN ISLAM 1


MASA

TARIKH

8.00

9.00

9.00

10.00

10.00

11.00

11.30

12.30

12.30

13.30

14.30

15.30

15.30

16.30

16.30

17.30

ISNIN

24/8

ILMU

PENDIDIKAN

ILMU

PENDIDIKAN

SELASA

25/8

BAHASA

ARAB

BAHASA

ARAB

BAHASA

ARAB

RABU

26/8

ILMU

PENDIDIKAN

ILMU PENDIDIKAN

KHAMIS

27/8

PENGAJIAN

ISLAM

PENGAJIAN ISLAM

BAHASA

ARAB

JUMAAT

28/8

PENGAJIAN

ISLAM

PENGAJIAN

ISLAM

Monday, August 3, 2009

Program CEKAP 2009

Sekarang saya sedang mengiringi 3 pelajar Tahun Dua SK Taman Perling mengikuti Kajian keberkesanan Kelas Pemulihan Khas unutk murid KIA peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia dan tuan rumahnya adalah negeri Johor dibawah selian Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Program ini diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru selama 5 hari bermula 2-7 Ogos. 13 negeri telah menyertai program ini dengan seramai 120 murid sebagai sampel kajian. Dapatan daripada kajian ini amat penting untuk dibentangkan kepada Menteri kerana pemulihan khasa akan menjadi indeks KPI kepada portfolio Menteri Pelajaran....( Gambar tak dapat dimuatnaik kerana tak mampu beli camera..huhuhu )

Wednesday, July 22, 2009

Refleksi JQAF



Dari tanggal 12 Januari 2009, hingga hari ini, barulah berkesempatan meluangkan sedikit waktu untuk membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran JQAF. Alhamdulillah dalam tempoh 6 bulan perkhidmatan ini segalanya masih berjalan dengan baik. tugasan maktab dapat diselesaikan dengan jayanya walau kadangakala terpaksa berkompromi dengan lecturer bagi menambah ruang waktu meyiapkan tugasan dek kerana kesebokan tugas sekolah. Kerja sekolah agak berkurangan berbanding awal penggal persekolahan yang lalu. Ketakutan kepada murid lebih banyak daripada murid takut dan hormat kepada guru kerana undang-undang yang dibentuk memihak kepada murid-murid berbanding guru. Namun ianya dianggap suatu cabaran bagaimana ingin menjadi guru yang baik tanpa menggunakan ancaman ketakutan sebagai senjata ampuh membentuk murid menjadi baik dan cemerlang. Apa yang baiknya berada dalam ashabuljqaf adalah P&P bukan didasarkan hanya kepada objektif aras tertentu sahaja namun melangkaui pembentukan murid-murid menjadi insan kamil yang dapat meneruskan generasi pewaris nabi. Kita tidak melihat kepada pencapaian dalam PKSR,PKBS UPSR sebagai penentu kejayaan kita namun seusai P&P ,kita mengharapkan ilmu yang dicurahkan akan dapat digunakan ketika murid-murid berhadapan dengan dua perkara penting dalam hidup samaada amalan itu baik atau amalan itu membawa kepada keburukan. Oleh itu marilah kita teguhkan saf, rapatkan barisan, tabahkan hati walau apa sahaja yang menimpa dan ujian atas kita, mampu terus kita bertahan atas nama JQAF pembentuk generasi pewaris Nabi...... kita tidak minta disanjung tapi kita mesti terus menjunjung amanah besar ini...........walalhua`lam.

Thursday, July 16, 2009

Kemulian guru


Biarpun setiap hari ada bisikan kecil yang mengajak aku mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup daripada berada terus di alam persekolahan yang telah dihuni sejak dari usia kecil lagi namun makin hari ianya semakin teguh jiwa ini untuk terus menyumbang sesuatu kepada anak didik. Diriku menyedari walau tak segalanya dicapai dengan mudah namun ianya mestilah diusahakan kerana asas yang kukuh sejak kecil akan dapat menjadikan peribadi muslim yang terbaik......

Sunday, June 28, 2009

BINA INSAN GURU ( BIG )


Segalanya dah berakhir , apa yang ditunggu selama ini yang menimbulkan seribu satu persoalan mengenai BIG telah dilalui dengan jayanya. Tg Resang Mersing menjadi medan BIG telah meninggalkan seribu satu kenangan dan pengalaman yang begitu berharga. Semangat kerjasama,berusaha dan keyakinan diri berjaya dipupuk sehingga segala tugasan yang diberi samaada di daratan ,lautan mahupun di hutan belantara sekalipun diselesaikan dengan semangat yang kental tanpa kenal erti putus asa. Semoga ukhwah yang terbina, semangat yang teguh dan keyakinan diri yang jitu ini akan menimbulkan iltizam kepada 62 guru-guru j-QAF ambilan Januari 2009 untuk mengangkat martabat agama Islam dan warga Malaysia kepuncaknya.


* Sesiapa yang ada gambar BIG...send pada email saya ye..shahrin_2283@yahoo.com

Tuesday, June 16, 2009

Tugasan

Submit

PAI

13 Julai

BI

Bln 8

Quran

Bln 8

Olahraga

Bln 8

PDIG

Bln 8

PS

Tgk Portal

BM

Bln 12

GERKO

Bln 12


Ni yang aku tau lah.. kalau korang rasa2 ade yang tak kena, korg betulkanlah ea..
Jgn lupa sentiasa login kat OLL tu yerk.. Markah tuuuuu....
Renung2kan dan selamat beramal... :-)

Saturday, June 13, 2009

rindunyeee.........




Setelah dua minggu di Temenggung Ibrahim sesi kuliah, akhirnya dapat gak pulang kerumah jumpa mak abah di Tangkak, menghabiskan baki dua hari yang tinggal sebelum sesi persekolahan penggal kedua bermula. Family aku baru pulang dari utara melawat cucu yang dirindui..aku pun rasa sangat rindu pada Nurul Izzah dan Nurul Iffah, cuti kali nie tak berkesempatan melawat anak-anak sedare pakngah comei2 nie...................tunggu yer...Pakngah tetap nak pi utagha walau dah takdak sapa-sapa lagi...huhuhu..