Sunday, June 28, 2009

BINA INSAN GURU ( BIG )


Segalanya dah berakhir , apa yang ditunggu selama ini yang menimbulkan seribu satu persoalan mengenai BIG telah dilalui dengan jayanya. Tg Resang Mersing menjadi medan BIG telah meninggalkan seribu satu kenangan dan pengalaman yang begitu berharga. Semangat kerjasama,berusaha dan keyakinan diri berjaya dipupuk sehingga segala tugasan yang diberi samaada di daratan ,lautan mahupun di hutan belantara sekalipun diselesaikan dengan semangat yang kental tanpa kenal erti putus asa. Semoga ukhwah yang terbina, semangat yang teguh dan keyakinan diri yang jitu ini akan menimbulkan iltizam kepada 62 guru-guru j-QAF ambilan Januari 2009 untuk mengangkat martabat agama Islam dan warga Malaysia kepuncaknya.


* Sesiapa yang ada gambar BIG...send pada email saya ye..shahrin_2283@yahoo.com

Tuesday, June 16, 2009

Tugasan

Submit

PAI

13 Julai

BI

Bln 8

Quran

Bln 8

Olahraga

Bln 8

PDIG

Bln 8

PS

Tgk Portal

BM

Bln 12

GERKO

Bln 12


Ni yang aku tau lah.. kalau korang rasa2 ade yang tak kena, korg betulkanlah ea..
Jgn lupa sentiasa login kat OLL tu yerk.. Markah tuuuuu....
Renung2kan dan selamat beramal... :-)

Saturday, June 13, 2009

rindunyeee.........




Setelah dua minggu di Temenggung Ibrahim sesi kuliah, akhirnya dapat gak pulang kerumah jumpa mak abah di Tangkak, menghabiskan baki dua hari yang tinggal sebelum sesi persekolahan penggal kedua bermula. Family aku baru pulang dari utara melawat cucu yang dirindui..aku pun rasa sangat rindu pada Nurul Izzah dan Nurul Iffah, cuti kali nie tak berkesempatan melawat anak-anak sedare pakngah comei2 nie...................tunggu yer...Pakngah tetap nak pi utagha walau dah takdak sapa-sapa lagi...huhuhu..

Wednesday, June 10, 2009

SESI INTERAKSI TAMAT


Hari ini merupakan hari terakhir sesi interaksi untuk peringkat pertama j-QAF ambilan 2009 di IPTI Johor Bahru, segala urusan kuliah berjalan lancar, nampak gembira diraut wajah para ahli ashabuljqaf mengikuti kuliah untuk peringkat 1, banyak ilmu yang ditimba selama dua minggu di IPTI yang boleh dijadikan bekalan berharga bagi menambah baik teknik pengajaran dan pembelajaran di Sekolah. Tugasan yang diamanahkan juga berjaya dihantar tepat waktunya, pembentangan dalam kuliah menarik dan berkesan, hubungan antara pensyarah dan teman-teman erat dan mesra. Semoga dengan semangat setiakawan ini akan menjadikan kita semua lebi berjaya oada masa depan.InshaAllah.


Penghargaan istimewa saya seaku Ketua Opsyen buat pensyarah-pensyarah yang mengajar dan mendidik kami dalam kuliah peringkat 1:

Ust Yusof Dagang, En.Hamdan Zainal,En.Hatta,Tn Hj Jamain,Ust Kamarudin,Pn Azizah,....dll


Buat teman-teman, Kita akan bertemu lagi di KEM BINA INSAN GURU 22.06.2009.........