Saturday, February 21, 2009

Kem Bestari Solat

alhamdulillah pada hari sabtu 21 februari 2009, telah selesai suatu tugas yang sangat besar untuk diari pendidik JQAF. selesainya perlaksanaan kem bestari solat siri 1 maka seruan dakwah dan didikan yang merupakan suatu tanggungjawab untuk menyempurnakan perlaksanaan ibadat generasi Islam seterusnya telah dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun ukuran kejayaan pada zahirnya diatas kertas guru adalah positif namun pengamalan seterusnya akan dinilai disisi Allah kelak. Kita mengharapakn ilmu dan usaha yang kita laksanakan ini akan membentuk semaian subur untuk bakal khalifah Allah ...insyaAllah

Wednesday, February 18, 2009

menariknya jadi cikgu

Beberapa tingkahlaku dan soalan murid yang menarik perhatian saya seperti, : Cikgu, saya nak pegi tandas-Cikgu, saya nak minum boleh- Cikgu, saya nak asah pensil boleh- Cikgu-nak kena selang ke?- Cikgu,saya nak jawab cikgu ( sampai depan hampeh je ) - cikgu, mak saya minat mawi ( semua nak cite kat cikgu )- cikgu, ............... dan banyak lagi.... ehm kadang-kadang rimas gak soalan2 ni, tapi adakalanya terhibur gak, tiap2 ari dengar dan tiap2 ari pesan tapi soalan yang sama gak keluar...untuk yang bukan dalam bidang perguruan...bukan senang oiii jadi cikgu. hanya dengan ketabahan dan kesabaran barulah seorang cikgu itu akan berjaya....banyak lagi nak kita bincangkan dalam sesi interaksi nanti...harap dapat belajar sesuatu semasa sesi interaksi nanti agar dapat mengetahui aspek tingkahlaku murid dan cara solusinya nanti...

Tuesday, February 17, 2009

suara JQAF

"SATU PERKARA BARU YANG MENARIK!!!


Setakat ini kita masih belum ada satu saluran yang memperdengarkan / membincangkan tentang j-QAF dan Bahasa Arab, mahupun apa-apa mata pelajaran yang lain di sekolah. Sekira semuanya berjalan lancar, projek ini akan menjadi siaran radio pertama yang akan membicangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan kurikulum di sekolah khasnya j-QAF. Setakat ini, saya belum lagi berbincang dengan pihak jabatan berkenaan perkara ini. Seandainya tiada sebarang masalah, saya akan menerima tawaran tersebut untuk menjadi juruhebah sambilan bagi slot j-QAF dan Bahasa Arab di fuhyooFM online radio. "

Petikan diatas saya petik dari blog ustaz Mior, dan yang menarik perhatian saya ialah usaha untuk menyampaikan suara jQAF di radio cuba dilaksanakan oleh beliau. kita sebagai ashabulqaf amat menghargai usaha yang dilaksanakan beliau dan berharap ianya bakal menjadi kenyataan dan kita akan berpeluang mendengar suara Dj JQAF di radio fuyooh FM, sebuah station radio online. TAHNIAH USTAZ...
Sila layari laman sesawang fuhyooFM di www.fitrahmedia.webs.com

Friday, February 13, 2009

JQAF dan DAKWAH

orang ramai yang sering berkata jQAF hanyalah untuk mengajar anak-anak kecil, tiada percambahan ilmu dan hanya lapangan untuk peroleh rezeki, namun bagi saya yang telah diberi peluang bersama-sama rakan seperjuangan dalam lapangan JQAF memandang ianya merupakan satu platform dakwah yang terbaik kepada pembentukan generasi umat Islam yang taat pada agama, patuh pada suruhan Allah dan rasulnya dan menjadi mukmin yang bertaqwa kepada Allah. jQAF memberi satu peluang dakwah kepada anak-anak kecil yang seterusnya dapat memupuk suasana bia`h soleh dalam keluarga dan negara. Selain itu dakwah Islam juga dapat dikembangkan kepada anak-anak bukan Islam melalui penyamapaian sistem moral Islam syumul yang dapat menarik perhatian anak-anak bukan Islam kepada agama Islam dengan harapan mudah-mudahan suatu masa kelak anak-anak bukan Islam ini dapat menerima hidayah dengan keindahan Islam yang kita bawa di alam persekolahan.

Wednesday, February 11, 2009

CIRI-CIRI GURU BERKESAN


Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Sunday, February 8, 2009

berakhirnya episod MOS.......

Alhamdulillah selesailah sudah seminggu menjalani sesi MOS iaitu minggu orientasi sekolah yang dijalankan dari 3-6 februari. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang minggu MOS ini walaupun ianya berlangsung dalam tempoh yang singkat namun cukup untuk menggambarkan pada guru baru seperti saya situasi, keadaan, serta gambaran sebenar wajah kehidupan sekolah yang bakal saya lalui untuk hari-hari seterusnya...saya mengukur kejayaan saya dalam sesi MOS ini hanya sekitar 80% dan selebihnya dalah kegagalan saya dalam memenuhi setiap asapek yang diminta oleh pihak Institut perguruan dek kerana kekangan waktu, batasn ilmu dan ceteknya pengalaman dalam memenuhi setiap matlamat yang dikehendaki. Sekolah adalah kerjayaku, InsyaAllah selepas ini saya akan memberi sepenuh perhatian pada kerjaya ini yang dianugerahkan Allah namun ianya adalah yang terbaik dan mulia disisi agama, masyarakat serta negara.

Wednesday, February 4, 2009

Hari kedua dan seterusnya 18 bulan.............

Pening kepala dah budak2 ashabul jqaf ni bile dah masuk hari kedua persekolahan...ada yang dah dapagt jadual, ada yang dah kena pegang persatuan, kelab dan kokurikulum yang lain ..mule la pening, pikiaq asaiamen cerpen Bm lg, MOS lg, asaimen bahasa arab pun lum tengok2 lagi..huhu...memang mencabar gak jQAF ni namun takkan pudar semangat ni walau diuji dengan pelbagai ujian..insyaAllah kami akan kekal dengan semangat yang jitu visi misi yang ampuh untuk mendidik anak bangsa demi agama mu Ya Allah....chaiyokkkkkkkk

Al FATIHAH

Al fatihah buat keluarga ustazah Sofia Hanum atas kembalinya ayahanda beliau ke rahmatullah, semoga Allahyarham mendapat keampunan dan rahmah untuk ditempatkan bersama-sama mukmin yang lain. kami dari kumpulan PI 1 JQAF mendoakan keluarga sofia tabah dalam menghadapi takdir dan ujian dari ilahi. Moga-moga ustazah Sofia tidak terjejas prestasi yang baik sebagai guru jQAF, InsyaAllah.

Tuesday, February 3, 2009

Hari pertama sebagai guru jQAF

Alhamdulillah segala urusan lapor diri sebagi guru jQAF pada hari pertama ini berjalan dengan lancar, saya di SK Taman Perling, Afif di SK Kangkar Tebrau, Suhaimi di Sk Puteri Wangsa, dan sahabt-sahabat ashabul jQAF yang lain. ada yang dah terima jadual waktu mengajar, rancangan mengajar dan sebagainya dan ada juga masih dalam sesi perkenalan dengan dunia baru persekolahan. Seminggu ini kami akan menjalani minggu orientasi sekolah ( MOS ) iaitu dengan melihat cara,kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru PI dan JQAF dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di SK Taman Perling, alhamdulillah, sy telah diterima dengan ucapan aluan selamat datang oleh GPK yang memangku jawatan guru besar. Beliau mengiatkan saya tentang peranan seorang guru apathlagi guru agama bagi membentuk pelaja-pelajar di sekolah, komunikasi dan hubungan yang baik dengan pentadbir,guru dan staf di sekolah dan sumbangan dalam kegitan luar bagi membangunkan diri,sekolah dan masyarakat. Beliau mengakhirkan nasihat beliau dengan kata-kata " tidak semestinya dunia baru yang kita masuk itu sangat baik, kita yang menilai dan melaksanakannya untuk lebih baik ".Saya ucapkan terima kasih atas nasihat serta pandangan untuk pedoman kepada saya sebagai guru yang cetek pengalaman. Insyaallah guru-guru JQAF akan membuktikan sesuatu yang berharga buat sekolah, pelajar serta negara.

Sunday, February 1, 2009

selamat menjadi guru

Gambar hiasan

Ucapan khusus buat sahabat-sahabat yang bakal menjadi guru secara rasmi pada hari selasa ini, walau hanya memegang lesen L dari IPTI, namun tugas kita bukan mudah namun tidak sukar untuk dilaksanakan asalkan ada kemahuan untuk mencapainya dengan baik..moga kalian dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan menyelesaikan segala amanah yang diberi dengan jayanya..semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam membentuk anak-anak kita menjadi seorang ilmuwan yang dapat memartabatkan agama Islam di puncaknya..amin. SELAMAT MENJADI GURU ASHABUL JQAF SEKALIAN....