Thursday, January 29, 2009

Tajuk cerpen aku


Tiada lagi dendam, tiada iri hati, tiada sengketa..mereka dalam saf yang sama, menuju matlamat yang satu.........

jQAF Lepasan SPM ?

PENDIDIKAN: J-Qaf Lepasan SPM, Wajarkah?

Penulis: Cikgu Yati

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah isu guru-guru j-qaf sekarang ini. Dari laporan yang diterima pendaftaran guru j-qaf di istitut perguruan rata-rata kurang memberangsangkan . Maka kedengaranlah desas desus untuk membukanya untuk lepasan SPM seperti mana yang dibuat untuk subjek-subjek lain di institut perguruan waktu ini.
Hal ini sangat menarik dan sekiranya benar maka itulah jalan yang terbaik. Dari kaca mata pendidik yang telah 28 tahun lebih mengharungi suka duka sebagai pendidik,pengambilan sejak usia belasan memang langkah yang betul dan amat tepat sekali. Komitmen tinggi di arena perguruan yang diharapkan dari bakal guru dapat dipupuk dan dibaja lebih awal.
Justeru tidak hairanlah sekiranya kita dapati guru-guru lepasan maktab samada dulu atau sekarang lebih memahami tugas mereka,lebih gigih menjalani kehidupan sebagai guru. Ini bukan satu omongan kosong malahan berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan rakan-rakan guru dari pelbagai peringkat umur.
Saya amat menyambut baik sekiranya langkah ini segera dilaksanakan memandangkan lepasan aliran agama dari sekolah-sekolah menengah dapat terus menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah dalam bidang j-qaf. Malahan pelajar-pelajar aliran agama dapat dimotivasikan untuk menjadi guru-guru j-qaf yang cemerlang.
Syabas sekiranya perkara murni ini ini benar-benar terjadi maka sayalah antara orang yang paling bersyukur......
(penulis merupakan seorang guru bahasa Inggeris yang telah berkhidmat selama 28 tahun di bidang perguruan)

( Diambil dari blogger aali imran -Budak JFU UM )

Modul warna warni


Pening aku tengok modul yang berlambak ini, tak taula sempat ke nak baca atau hanya sebagai koleksi diatas almari di rumah bujang aku nanti,bila masuk kelas barula nak semak tapi harap takla semalas itu aku....
Memang cantik modul ni kalau disusun diatas rak, nampak menarik dan cantik...ehm, tapi diharapkan sahabat-sahabat tak la hanya simpan dan susun je yer..baca-baca la isinya agar bila sesi interaksi nanti kita dah bersedia dengan bahan-bahan yang terkandung didalamnya. Disamping itu kita dapat juga mengambil seuatau yang boleh digunakan dalam tempoh pengajaran kita disekolah nanti.. Selamat membaca modul-modul yang berlambak itu...:) ashabuljqaf semua rajin-rajin kan ..betul tak Nora Gp ? sakinah ? Fuad ? afif ?...ehmm ...dan sahabat-sahabat lain....

Penyakit misteri menjelang 3 februari

Sempena menanti saat 3 hb februari untuk bergelar guru di sekolah masing-masing,wujud penyakit misteri yang menyerang sumber utama seorang guru iaitu suara..ada yang batuk, sakit tekak, hilang suara dsb... diharapkan sahabat-sahabat dapat menjaga kesihatan masing-masing sebab dah ader beberapa orang sahabat ashabul jqaf yang diserang penyakit misteri tersebut...ehmmm ..mula-mula shahrin yang kena serang ni dah mula merebak kat kawan-kawan lain, ( harap bukan saya penyebabnye ek )....harap2 kalian semua dapat sembuh dengan segera agar bila tiba 3 februari nanti semua dapat menjalankan tugas dengan penuh semagat dalam keadaan kesihatan yang baik...
TIPS JAGA SUARA : 1. Jangan stress 2. minum air masak banyak 3. Hindar makan lewat malam 4. Pemanasan otot muka

Wednesday, January 28, 2009

Hargailah anugerah ini



Sahabat-sahabat sekalian, lihatlah betapa sukarnya pemancing ikan ini mencari rezeki bukan sahaja dilautan malah dijalanan. bersyukurlah kita dengan apa yang dianugerahkan pada kita, moga kita dapat menjadikan medan jQAF ini sebagai tempat semainya ilmu yang subur pada diri kita dan anak-anak bangsa kita.....ingatlah sahabat, ini adalah ujian untuk kita sama ada kita betul-betul ikhlas untuk mendidik atau kita hanya menjadikan medan jQAF sebagai lubuk rezeki kita.....masa depan anak bangsa ditangan kita....ayuh sahabat, kita tekad bersama, mengorak langkah pada 3 februari dengan visi dan misi yang ampuh.....

Renungan bersama

CANTIKNYA SEORANG WANITA.......
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstick
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada'
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri ke lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapaPada hari kebangkitan semula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersamaMenempuh badai di sisi suami tercinta
( Kiriman sahabat group PI 1 )

Tuesday, January 27, 2009

SAHABAT-SAHABAT JQAF PI 1

Assalamualaikum w.b.t..... Kepada sahabat-sahabat j-QAF Pengajian Islam 1, bagi sebarang makluman dan info yang diterima daripada pihak IPTI, Tutor, JPN dan sebagainya akan dimaklumkan melalui blog ini.... Selamat bercuti kepada semua dan ingat jangan lupa kembali ke sekolah pada 3 hb Februari nanti. SELAMAT BERJUANG demi agama, dan negara tercinta..-:)

Bukan mudah jadi GURU


Kedatangan anda tidak diundang, jika sangsi sila pulang !!!!......terngiang-ngiang kata-kata itu di sanubariku,meresap jauh ke dalam jiwaku….kata-kata pengarah Institut perguruan itu telah membuatkan ratusan guru-guru pelatih tersedar dari lamunan kehidupan yang indah yang diimpikan setelah bergelar guru….Macam mana ni Puad, pengarah dah cabar kita ni, kita ni betul ke nak jadi cikgu .arghh, senang je la jadi cikgu, pergi pagi, balik tengahri, cukup bulan dapat duit,cuti pun panjang,boleh jalan-jalan….kata Puad dengan selamba…jauh disudut hatiku tidak setuju dengan pandangannya namun aku hanya mengiyakan kata-katanya walau aku juga masih sangsi dengan pilihanku ini….kami berbual pendek tatkala teringat kata-kata itu…....Memang minat ke jadi cikgu?..soalanku betul-betul menguji jawapannya yang sering dilontarkan pada kumpulan KPLI seperti kami..pernah soalan ini ditanya penemuduga, namun dengan pasti tanpa kelu lidah, jawapanku ialah memang minat….tapi setelah ditawarkan peluang sebegini,mulalah gelabah tak tentu pasal. Baru nak muahsabah diri,baru nak menilai diri, baru nak cermin diri..layak ke aku jadi ckgu?…

j-QAF Pengajian Islam kumpulan 1


Alhamdulillah....tugasan pertama kami yang diterima di IPTI semasa minggu pengurusan pelajar KPLI j_QAF telah memperoleh kejayaan yang manis walau dihambat dengan kesuntukan waktu yang terbatas untuk melaksanakan latihan. Berkat kerjasama ahli kumnpulan, fasilitator serta tunjuk ajar TUTOR, kami merangkul tempat ke-2 dalam slot malam persembahan pelajar. Nasyid Hijrah KAMI telah menambat hati para juri dengen elemen kecindan,kreatif dan kebersamaan kumpulan. Tahniah untuk sahabat-sahabat sekalian, moga lebih cemerlang pada masa akan datang.....
12 januari 2009,
tinggalkan semua dan kampung halaman,
perpindhn kami ke IPTI,
penuh keazaman menempuhi badai
dgn keyakinn dan iman yg teguh
azam yg kukuh visi misi yg ampuh
rela bkorbn jiwa & raga
demi membangun negara tercinta.....
........................................................
( lirik : Ashabul j-QAF )
(Lagu : Copyright control )

Hijrah K.A.M.I




Cahaya lembut pagi berpadu dengan dingin pagi hingga menghasilkan embun. Titik air di atas daun itu tak pernah tergesa-gesa untuk jatuh ke bumi. berbeda dengan para pelajar, pensyarah dan pegawai di Kampus Semaian subur , meski malam baru saja di singkap matahari, mereka telah berarak memenuhi kampus walau gelap belum berarak pergi sepenuhnya. Mereka menyambut kedatangan keluarga baru di kampus semaian subur yang tersohor di selatan tanah air ini,penuh manusia-manusia berpakaian putih hitam. Ingatanku melayang jauh ke 4 tahun yang lalu tatkala aku malangkah gagah bergelar seorang mahasiswa di menara gading. Itu episode silam tika mengejar segulung ijazah,hari ini aku melangkah untuk suatu yang sudah pasti gelaranku nanti.suatu yang menjadi kehormatan untuk sepanjang zaman.ada gusar,ada risau namun jauh dilubuk hatiku… aku syukur dengan anugerah ini…..bermulalah hijrah K.A.M.I